Soalan Lazim

Apakah yang saya dapat pelajari di MyArabQuran.com?

“MyArabQuran.com” tidak seperti pengajian bahasa arab yang lain, ia adalah sistem termudah dan berkesan yang tidak membosankan dengan latih tubi, menyentuh keseluruhan bab-bab bahasa arab dan sistem permarkahan yang disemak serta-merta untuk mengetahui tahap pencapaian anda malah beroperasi 24jam di mana sahaja anda berada. Anda sendiri yang menentukan masa yang sesuai untuk mengulangkaji sesuatu bab sehingga anda benar-benar faham.

“MyArabQuran.com” juga dapat mengawal masa belajar anda dengan berkesan.

Apakah kandungan yang terdapat di MyArabQuran.com?

“MyArabQuran.com” mengandungi bab-bab penting untuk menguasai bahasa arab. Antaranya cara mengenal perkataan Isim, Fi`il dan Haraf inilah sebenarnya rangka keseluruhan bahasa arab. Walaupun anda tidak tahu maknanya tapi memalui tanda-tanda yang jelas kelihatan pada perkataan tersebut anda mudah mengenalnya. Contoh sekiranya saya menyebut perkataan “Pokok” tentu anda tahu ia adalah kata nama(isim) tetapi sekiranya saya sebut “البَيِّنات ” ia dalam kategori mana isim, fi`il atau haraf?. Pada permulaan diberi ketarangan secara keseluruhan “ibarat rangka kenderaan” dan selanjutnya baru diterangkan peringkat demi peringkat untuk menyempurnakan kenderaan tersebut semoga anda boleh membawanya sendiri kenderaan tadi.

Di dalam “MyArabQuran.com” juga telah dipermudahkan penerangan dan diringkaskan segala bab bahasa arab seperti mubtada, khobar, fa`il, naib fa`il, majrur, mudhofun ilaih, maf`ulun bih, hal, maf`ul mutlaq, maf`ul ma`ah……

Bagaimana sistem MyArabQuran.com berfungsi?

Isi kandungan setiap tahap telah di susun dengan teliti untuk memberikan input dan output yang yang amat berkesan untuk memastikan anda tidak terlepas bab-bab yang telah dipelajari malah dapat menguasinya dalam masa yang singkat dengan pemantauan masa yang telah ditetapkan. Proses pelajaran yang semulajadi manusia dari peringkat awal mengenal benda (katanama) setelah itu baru menyusuli dengan perbuatan (katakerja). Apabila kita telah mengekal sesuatu benda maka lebih mudahlah kita tahu katakerja yang selayaknya pada ayat tersebut, seperti kita tahu perkataan tersebut adalah sebuah buku, maka dengan sendirinya kita akan tahu katakerja yang ada pada buku tersebut iaitu, membaca, menulis, melukis….. maka dengan sendirinya katakerja yang tidak layak seperti menanam, menebang, menjirus. Dan sendi kata adalah sebagai sampingan untuk melengkapkan ayat tersebut, seperti “Ahmad membaca Al-Quran di masjid”

Bagaimana untuk melanggan MyArabQuran.com dan tempoh diberikan?

Setelah anda membuka laman sesawang http://www.myarabquran.com klik pada daftar sekarang lalu isikan maklumat yang di perlukan seperti nama…. kemudian klik pada register. Buka e-mail anda yang telah anda daftarkan dan ikut arahan yang diberikan. Sekarang anda boleh pergi ke Member Login dan mulakanlah pengalaman baru anda mulai sekarang sehingga anda sendiri dapat menilai tahap pencapayan dalam memahami al-Quran bertambah baik dari masa kesemasa. Selamat mencuba!

Bolehkah saya belajar bahasa arab sedangkan saya tiada asas langsung dalam menulis dan membaca, malah bacaan al-Quran saya masih tidak lancar?

Boleh, kerana al-Quran dan bahasa arab tidak dapat dipisahkan. Sekiranya kita boleh membaca tentu kita hendak tahu apakah makna perkataan atau ayat yang kita baca dan al-Quran juga adalah menjadi rahmat sekelian alam sekiranya kita hendak mendapat rahmat tadi maka hendaklah kita bermula dari sekarang. Alhamdulillah saudara sebenarnya tanpa disedari mendapat dua pahala, pertama; pahala membaca dan kedua; pahala kesungguhan walaupun tidak lancar membacanya.

Saya telah banyak mengikuti kelas-kelas bahasa arab sejak tahun 1998 tapi kebanyakkannya menyulitkan dengan hafalan-hafalan dan mempelajari topik yang tidak kita gunakan. Ia terlalu terperinci sehingga lari dari matlamat saya, walaupun saya mendapat sijil kursus di universiti tersebut tapi saya tidak dapat gunakan ilmu yang saya dapat sekarang?

Mubarak (tahniah), kerana saudara berjaya menempuh ujian-ujian tersebut dan tidak jemu-jemu untuk mempelajari bahasa arab walaupun cara yang saudara belajar menyulitkan. Kita perlu tahu bahawa bahasa arab ada beberapa perkara yang perlu kita lihat. Bahasa arab mempunyai nahu dan soraf yang tetap sama sampai bila-bila cuma uslub(cara) pengolahan dan penguraainnya sahaja berbeza, di sekolah rendah misalnya ada subjek dan perkataan-perkataan tertentu sepatutnya seorang pelajar itu menguasainya sehinggalah sekolah menengah dan universiti. Dalam al-Quran juga ada beberapa perkataan kita tidak gunakan dalam perbualan seharian malah ayatnya lebih tinggi dan indah yang perlu kepada pentafsiran para ulama`. Secara ringkasnya belajarlah sesuatu untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya kita hendak berkomunikasi dalam bahasa arab ketika bekerja atau pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah maka berkomunikasi adalah amat penting. Tapi sekiranya tidak, tumpukanlah pada al-Quran dan hadith kerana ini sahaja warisan yang ditinggalkan oleh nabi s.a.w supaya kita tidak sesat selama-lamanya.

Kenapakah saya sehingga sekarang tidak dapat menguasai bahasa arab? Setiap kali bertukar ustaz atau ustazah mesti mereka mengulangi yang asas kembali tapi masalahnya saya sudah keliru dengan kaedah yang berbeza.

La tahzan (jangan bersedih), “sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang yang beramal soleh pahala mereka tidak putus-putus”.

Nasihat saya, sekiranya saudara tidak tahu asas bahasa arab maka untuk permulaan hendaklah belajar dengan seorang guru bahasa arab sahaja. Jikalau banyak guru pada permulaan besar kemungkinan kekeliruan akan berlaku dan gunakan sahaja satu buku rujukan sahaja. Apabila saudara telah dapat faham dengan baik pelajaran-pelajaran tersebut barulah saya sarankan untuk merujuk buku-buku bahasa arab lain atau dengan ustaz dan ustazah lain. Perkara yang amat penting adalah istiqomah (berterusan) dan bertanya apabila tidak faham dengan segera pada topik yang dibincangkan sebelum berpindah pada pelajaran yang lain.

Selamat Datang ke My Arab Quran!

Info Terkini!

Bukan ahli? Daftar sekarang!

Kelebihan sebagai Ahli!

Laman web pembelajaran Bahasa Arab Quran secara interaktif yang pertama di Malaysia. Megandungi lebih dari 20 silibus yang lengkap dengan latih tubi yang interaktif.

Login Ahli

Hilang Kata laluan?

Hilang Kata laluan?

Balik ke Login