Al-Quran BUKAN sekadar dibaca dan didengari sahaja atau menjadikannya ibadah bermusim

Oleh admin   |   August 13, 2012   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


Sungguh pantas rasanya masa berlalu, kita sudah pun memasuki  10 hari  terakhir bulan Ramadhan yang amat dinanti-nantikan bagi pemburu malam laitatu al-Qadr, bulan di mana pintu-pintu syurga terbuka luas dan pintu-pintu neraka tertutup rapat dan juga syaitan-syaitan terbelunggu. Ramdahan adalah bulan istimewa yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk manusia yang cukup syarat berpuasa, sebagai ibadah wajib dari makhluk untuk-Nya. Dia telah menjadikan bulan ini sebagai bulan yang mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan berbanding bulan-bulan lain sebagai anugerah istimewa kepada hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan yang berlipat ganda dan kemuliaan apabila di bulan ini jugalah Allah s.w.t menurunkan kitab-Nya yang terakhir, Al-Quran Kareem kepada Rasul-Nya yang terakhir Muhammad bin Abdullah s.a.w. Firman Allah s.w.t “Bulan Ramadhan, bulan yang di turunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan mengandungi penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu serta pembeza (antra haq dan batil)” [al-Baqarah 2: 185] Pada bulan Ramadhan juga terdapat satu malam (laitatu al-Qadr) yang lebih baik dari seribu bulan satu ganjaran istimewa khas untuk umat Muhammad kerana umatnya tidak memiliki umur yang panjang seperti umat-umat lain. Maka di ibaratkan seperti mereka mendapat pahala seperti beribadah 83 tahun 4 bulan. Di bulan ini juga, ramai Muslim yang mengambil kesempatan dan merebut

Baca selanjutnya…

Baca selanjutnya...

Al-Quran bukan untuk Orang Arab sahaja

Oleh admin   |   May 2, 2012   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab kepada seorang Nabi yang berbangsa arab. Sumber rujukan utama selain dari Al-Quran dan Hadith iaitu karya-karya agung ilmuan-ilmuan Islam juga dalam Bahasa Arab. Tetapi, ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya tidak hanya ditujukan kepada orang-orang berketurunan Arab saja melainkan untuk seluruh manusia sehingga hari kiamat. Bertitik tolak dari itulah, salah satu alasan kaum Muslimin hari ini yang bukan Arab belajar Bahasa Arab adalah kerana mereka ingin memahami Islam terus dari sumber asal lagi asli iaitu Al-Quran dan Hadith. Sesungguhnya, Bahasa Arab yang dipelajari adalah kebanyakannya Bahasa Komunikasi atau perbualan, bukan Bahasa Arab sebagaimana yang digunakan dalam Al-Quran. Padahal bahasa perbualan jelas sekali berbeza dengan Bahasa Arab Al-Quran dan Hadith walaupun tatabahasanya tetap sama. Perkataan-perkataan dalam perbualan sentiasa berubah mengikut zaman, masa, tempat dan keadaan sedangkan Bahasa Arab Al-Quran tetap subur dan mempunyai roh yang sentiasa hidup bagi pengamalnya sebagai pedoman, panduan perjalanan untuk kesejahteraan kehidupan hingga ke negeri yang kekal abadi. Mungkin mereka boleh mahir dalam perbualan tapi mengalami sesulitan dalam memahami Al-Quran dan Hadith. MyArabQuran disusun untuk menutupi kekurangan tersebut kerana contoh-contoh kata nama dan kata kerja yang disajikan kebanyakkannya di ambil dari ayat-ayat al-Quran. Setidaknya, ada dua keuntungan yang boleh diperolehi dengan

Baca selanjutnya…

Baca selanjutnya...

Artikal Terbaik Pilihan MyArabQuran

Oleh admin   |   August 17, 2011   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


Pemenang Tempat Pertama: Apakah kepentingan Bahasa Arab bagi saya? Semasa saya kecil saya belajar bahasa Arab komunikasi.Saya belajar di sekolah rendah,menengah dan universiti.Pada mulanya saya tidak berminat mempelajari bahasa Arab tersebut.Tetapi lama kelamaan saya mula mencintai dan mendalami Bahasa ini dengan baik.Tetapi jika dahulu saya belajar bahasa Arab komunikasi untuk lulus dalam peperiksaan.Saya mahu cemerlang dalam subjek bahasa Arab kerana mahu CGPA saya tinggi di universiti. Jadi,apakah sebenarnya kepentingan Bahasa Arab bagi saya? Sekadar mahu lulus peperiksaan? Sekadar mahu mencapai target CGPA? Malah,di Malaysia ini bila kita belajar Bahasa Arab tetapi tidak dipraktikkan sesama sendiri.Susah untuk kita bercakap dalam bahasa Arab dikebanyakan tempat. Dah lupa kembali sedangkan al-Quran dibaca dan dikaji setiap masa di seluruh dunia dari dulu hingga akhir zaman.Jadi,apalah gunanya.Ilmu yang tidak dimanfaatkan umpama pokok yang tidak berbuah. Jadi setelah saya mengenali myarabquran.Barulah saya tahu bahawa penting kita belajar Bahasa Arab untuk memahami isi kandungan Al-Quran itu sendiri.Itulah sebab yang kita cari dan matlamat sebenar belajar bahasa arab adalah memahami al-quran kitab wahyu yang agung dari pencinta.Itulah kepentingan sebenar kita, mendalami ilmu Al-Quran ini, ilmu Allah yang amat luas. Saya berjanji pada diri saya akan mempelajarinya sehingga akhir hayat. Ini juga satu-satunya yang boleh membela saya dan setiap

Baca selanjutnya…

Baca selanjutnya...

Maulid Nabi diraikan, Sunnah Nabi yang lebih utama diabaikan

Oleh admin   |   January 23, 2013   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


[MUHASABAH DIRI] Seumur hidupku telah ku temui sambutan Maulidur Rasul berkali-kali, tapi berapa banyakkah sunnah-mu telah ku lakukan, sejauh manakah kefahamanku pada isi kandungan kitab al-Quran yang engkau bawa, berapa banyakkah selawatku kepada-mu dalam sehari dan layakkah diriku ini mendapat syafaat dari-mu di hari perhitungan nanti?… Para penceramah dalam peringatan-peringatan Maulid Nabi s.a.w kerap kali menjelaskan bahawa peringatan Maulid Nabi s.a.w adalah bukti rasa cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. Maka dengan peringatan ini, marilah kita bersama-sama meningkatkan semangat kita dalam menyuburkan Sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Solat jangan malas lagi. Sering-seringlah baca Al-Quran, berzikir dan perbanyakkan membaca selawat. Kerana Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca satu selawat untuknya, pasti Allah akan membalasnya dengan sepuluh selawat” Persoalannya adakah cukup dengan kita sekadar memuji-muji baginda baginda yang sudah semestinya beliau adalah seorang manusia yang terpuji, tetapi dalam masa yang sama sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang wajib dan lebih utama dan penting kita abaikan? Bukankah itu menunjukkan bahawa kita sedang berpura-pura dan mempermainkan baginda s.a.w? Seolah-oleh pujian suami kepada isterinya, “Aku cinta padamu…, Wajahmu ibarat bulan purnama.., Lautan api akan ku renangi..”. Tetapi apabila sang isteri meminta supaya angkat gas di dapur atau membantunya di rumah, sang suami buat tak tahu saja. Bukankah suatu penghinaan juga

Baca selanjutnya…

Baca selanjutnya...

Pembelian Berjaya!

Oleh admin   |   August 8, 2012   |   Aktiviti Kami   |   Komen Anda


Terima Kasih dan Tahniah! Anda telah berjaya membuat pembelian pembelajaran online MyArabquran! Kami akan menghantar resit pembelian ke e-mail anda. Akaun pembelajaran anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh hubungi/SMS 019-3675577

Baca selanjutnya...

Pembelian Terbatal

Oleh admin   |     |   Aktiviti Kami   |   Komen Anda


Maaf, pembelian anda telah terbatal Selain pembelian melalui paypal, anda boleh membuat pembelian secara manual. Sila buat bayaran sebanyak RM356 sahaja ke salah satu akaun di bawah menggunakan kaedah Fund Transfer atau ATM Transfer atau Cash Deposit Tanpa membuat pembelian melalui portal ke akaun berikut: MAYBANK No Akaun: 164548097347 Nama: Shafiee Md Jamin. CIMB BANK No Akaun: 7601511396 Nama: Shafiee Md Jamin. atau No Akaun: 8600389270 Nama: Al Fatih Academy. Kemudian  hantar email kepada saya: 1)      Tarikh Bayaran, 2)      Masa Bayaran 3)      Cara bayaran. Maybank2u (Sila Print screen bukti bayaran). Emailkan detail tersebut ke ustazshafie@gmail.com Kemudian kami akan mengaktifkan akuan anda untuk tempoh setahun. Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh hubungi/SMS 019-3675577

Baca selanjutnya...

Pertandingan artikel tentang kepentingan Bahasa Arab

Oleh admin   |   July 19, 2011   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


Sempena perlancaran myarabquran pada 1 Ramadhan ini,myarabquran mahu mengadakan pertandingan  kepada anda semua.Cara penyertaannya mudah sahaja. Syarat-syarat penyertaan : Tulis tajuk entri anda,”Kepentingan Bahasa Arab bagi saya” Letakkan banner dan link myarabquran Artikel  hendaklah ditulis di dalam bahasa melayu. Buat satu entry tentang kepentingan bahasa Arab bagi anda dan pengalaman menarik anda tentang bahasa arab . Bawah entry anda,sila letakkan ayat ini.Letak sekali link http://www.myarabquran.com Artikel ini ditulis kerana saya mahu menang wang tunai dari myarabquran.Pelajari bahasa arab secara online dan interaktif di myarabquran.com & Fahami Al-quran mulai sekarang! Akhir sekali, tinggalkan link entri anda di fanpage myarabquran di facebook atau emelkan ke admin@myarabquran.com Tarikh akhir penyertaan sehingga  12 Ogos 2011 Hadiah : RM150 Tempat pertama RM100 Tempat kedua RM50 Tempat ketiga Artikel yang menang akan dipamerkan ke blog myarabquran.

Baca selanjutnya...

Selamat datang ke My Arab Quran

Oleh admin   |   April 11, 2011   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


Laman “MyArabQuran.com” ini diasaskan oleh Ust Shafiee Md Jamin dan mula beroperasi pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432 hijrah. Laman ini merupakan laman web yang menyediakan pembelajaran bahasa arab al-Quran dan hadith secara online yang mudah, terkini dan menyeronokkan.Teknik pembelajaran disini adalah mengikut pengalaman Ust Shafiee sendiri yang telah mengajar bahasa arab sejak tahun 2006.

Baca selanjutnya...

Selamat Datang ke My Arab Quran!

Info Terkini!

Bukan ahli? Daftar sekarang!

Kelebihan sebagai Ahli!

Laman web pembelajaran Bahasa Arab Quran secara interaktif yang pertama di Malaysia. Megandungi lebih dari 20 silibus yang lengkap dengan latih tubi yang interaktif.

Login Ahli

Hilang Kata laluan?

Hilang Kata laluan?

Balik ke Login