Mengenai MyArabQuran

Laman “MyArabQuran.com” ini diasaskan oleh Ust Shafiee Md Jamin dan mula beroperasi pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432 hijrah. Laman ini merupakan laman web yang menyediakan pembelajaran bahasa arab al-Quran dan hadith secara online yang mudah, terkini dan menyeronokkan.Teknik pembelajaran disini adalah mengikut pengalaman Ust Shafiee sendiri yang telah mengajar bahasa arab sejak tahun 2006.

Perancangan menubuhkan MyArabQuran bermula pada awal tahun 2009 atas kesedaran untuk memberikan perkhidmatan kepada umat islam di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dalam memberikan kefahaman dan didikan kepada setiap golongan dan professional.

Pada tahun 2011, matlamat beliau adalah untuk menerokai bidang pemasaran internet secara mendalam. Justeru, “MyArabQuran.com” adalah sebagai salah satu hadiah istimewa buat semua pengguna internet yang mempunyai minat yang sama untuk menerokai bidang ini.

Menyedari bahawa masih ramai lagi pengguna internet yang tercari-cari panduan untuk mengenali cara yang mudah dan efektif tanpa banyak menghafal, menyebabkan beliau bertungkus-lumus mencari idea dan maklumat untuk dikongsikan bersama secara percuma.

Dan yang menariknya, “MyArabQuran.com” ini bukan sahaja ditulis berdasarkan teori semata-mata, tetapi ia adalah perkongsian yang diterjemahkan melalui pengalaman beliau sendiri. Diharap, dengan adanya usaha seumpama ini, mampu membuka minda pembaca sekalian tentang betapa pentingnya kita mempelajari Bahasa Arab. Dan beliau sentiasa mendoakan agar kita semua pada suatu hari nanti dapat mengerti dan faham secara sepontan apabila ayat-ayat suci al-quran dibacakan, dilihat atau ia membacanya sendiri.

Selamat Datang ke My Arab Quran!

Info Terkini!

Bukan ahli? Daftar sekarang!

Kelebihan sebagai Ahli!

Laman web pembelajaran Bahasa Arab Quran secara interaktif yang pertama di Malaysia. Megandungi lebih dari 20 silibus yang lengkap dengan latih tubi yang interaktif.

Login Ahli

Hilang Kata laluan?

Hilang Kata laluan?

Balik ke Login