Al-Quran bukan untuk Orang Arab sahaja

Oleh admin   |   May 2, 2012   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab kepada seorang Nabi yang berbangsa arab. Sumber rujukan utama selain dari Al-Quran dan Hadith iaitu karya-karya agung ilmuan-ilmuan Islam juga dalam Bahasa Arab. Tetapi, ajaran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya tidak hanya ditujukan kepada orang-orang berketurunan Arab saja melainkan untuk seluruh manusia sehingga hari kiamat.

Bertitik tolak dari itulah, salah satu alasan kaum Muslimin hari ini yang bukan Arab belajar Bahasa Arab adalah kerana mereka ingin memahami Islam terus dari sumber asal lagi asli iaitu Al-Quran dan Hadith. Sesungguhnya, Bahasa Arab yang dipelajari adalah kebanyakannya Bahasa Komunikasi atau perbualan, bukan Bahasa Arab sebagaimana yang digunakan dalam Al-Quran. Padahal bahasa perbualan jelas sekali berbeza dengan Bahasa Arab Al-Quran dan Hadith walaupun tatabahasanya tetap sama. Perkataan-perkataan dalam perbualan sentiasa berubah mengikut zaman, masa, tempat dan keadaan sedangkan Bahasa Arab Al-Quran tetap subur dan mempunyai roh yang sentiasa hidup bagi pengamalnya sebagai pedoman, panduan perjalanan untuk kesejahteraan kehidupan hingga ke negeri yang kekal abadi. Mungkin mereka boleh mahir dalam perbualan tapi mengalami sesulitan dalam memahami Al-Quran dan Hadith.

MyArabQuran disusun untuk menutupi kekurangan tersebut kerana contoh-contoh kata nama dan kata kerja yang disajikan kebanyakkannya di ambil dari ayat-ayat al-Quran. Setidaknya, ada dua keuntungan yang boleh diperolehi dengan mempelajari di myarabquran; pertama, menguasai Bahasa Arab untuk kegunaan harian dan kedua, dan lebih utama lagi  untuk menguasai Bahasa Arab sebagai alat memahami Islam yang sempurna ini dari sumber asal iaitu al-Quran dan Hadith. Bukan itu saja malah diselang-selikan dengan pengetahuan am tentang Sejarah Islam, Tajwid, Fikah, dan Tauhid. Malah sangat mudah dan sesuai bagi yang tiada asas Bahasa Arab atau tiada kesempatan untuk menghadiri kelas Bahasa Arab secara Offline. Anda boleh mengikuti pengajian mengikut keselesaan di rumah atau di mana sahaja. Malah, ia juga mesra skrin sentuh bagi pengguna iPad.

Komen Anda

Selamat Datang ke My Arab Quran!

Info Terkini!

Bukan ahli? Daftar sekarang!

Kelebihan sebagai Ahli!

Laman web pembelajaran Bahasa Arab Quran secara interaktif yang pertama di Malaysia. Megandungi lebih dari 20 silibus yang lengkap dengan latih tubi yang interaktif.

Login Ahli

Hilang Kata laluan?

Hilang Kata laluan?

Balik ke Login