Artikal Terbaik Pilihan MyArabQuran

Oleh admin   |   August 17, 2011   |   Berita & Pengumuman   |   Komen Anda


Pemenang Tempat Pertama:

Apakah kepentingan Bahasa Arab bagi saya? Semasa saya kecil saya belajar bahasa Arab komunikasi.Saya belajar di sekolah rendah,menengah dan universiti.Pada mulanya saya tidak berminat mempelajari bahasa Arab tersebut.Tetapi lama kelamaan saya mula mencintai dan mendalami Bahasa ini dengan baik.Tetapi jika dahulu saya belajar bahasa Arab komunikasi untuk lulus dalam peperiksaan.Saya mahu cemerlang dalam subjek bahasa Arab kerana mahu CGPA saya tinggi di universiti.

Jadi,apakah sebenarnya kepentingan Bahasa Arab bagi saya? Sekadar mahu lulus peperiksaan? Sekadar mahu mencapai target CGPA? Malah,di Malaysia ini bila kita belajar Bahasa Arab tetapi tidak dipraktikkan sesama sendiri.Susah untuk kita bercakap dalam bahasa Arab dikebanyakan tempat. Dah lupa kembali sedangkan al-Quran dibaca dan dikaji setiap masa di seluruh dunia dari dulu hingga akhir zaman.Jadi,apalah gunanya.Ilmu yang tidak dimanfaatkan umpama pokok yang tidak berbuah.

Jadi setelah saya mengenali myarabquran.Barulah saya tahu bahawa penting kita belajar Bahasa Arab untuk memahami isi kandungan Al-Quran itu sendiri.Itulah sebab yang kita cari dan matlamat sebenar belajar bahasa arab adalah memahami al-quran kitab wahyu yang agung dari pencinta.Itulah kepentingan sebenar kita, mendalami ilmu Al-Quran ini, ilmu Allah yang amat luas. Saya berjanji pada diri saya akan mempelajarinya sehingga akhir hayat. Ini juga satu-satunya yang boleh membela saya dan setiap individu yang mengaku dirinya beriman pada hari akhirat nanti. “Ya Allah! Engkau berikanlah pada diriku dan umat islam seluruh dunia ini agar kembali kepada al-Quran tidak mengira bangsa, keturunan dan darjat, berpegang teguh kepadanya, agar setiap ayat yang kami baca meresap ke sanubari kami, orang yang sesat mendapat petunjuk, orang yang lalai, tersedar dari kelalaiannya, orang yang lupa teringat kembali sampai bila-bila, orang yang berdosa kembali bertaubat dan tidak akan mengulangi lagi. Ya Allah dengarlah rintihan hati kami ini”.

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca,diperdengarkan,dihafaz dan dimerdukan bacaanya.Tetapi penting untuk kita memahami setiap makna bacaan,menghayati isi kandungannya lalu menzahirkan dalam perilaku kita.

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. An-Nisa’ 4:82

Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT di dalam Bahasa Arab supaya semua umat di pelusuk dunia boleh memahaminya.Bahasa Arab adalah bahasa universal.Bahasa Arab ialah bahasa yang mudah.Bahasa Arab adalah bahasa syurga.Memang banyak kepentingan Bahasa Arab.Tetapi bahasa Arab amat penting bagi saya mungkin bukan dalam segi komunikasi.Malah untuk tanggungjawab saya sebagai muslim iaitu memahami isi kandungan Al-Quran dan Hadith.Al-Quran dan Hadith tidak dapat difahami dengan baik melainkan dengan mendalami bahasa Arab.

Semoga usaha ustaz shafiee ini memberi manfaat yang amat besar kepada umat islam kerana sistem yang mudah dan terkini ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan kefahaman al-Quran, serta berlumba-lumbalah kita untuk mendapat pengampunan dari Allah sebelum peluang ini hilang tanpa dirancang.

Artikel ini ditulis kerana saya mahu menang wang tunai dari myarabquran.Pelajari bahasa arab secara online dan interaktif di myarabquran.com & Fahami Al-quran mulai sekarang!

Ummu hanun al-maliezi

Pemenang Tempat Kedua:

Penting ke!! mempelajari bahasa arab ini? Persoalan ini mungkin bermain di minda masyarakat sekarang yang kurang pengetahuan ilmu islam.Ingin saya mendedahkan ,apakah kepentingan yang kita akan perolehi, bilamana kita dapat menguasai bahasa arab dengan sepenuhnya……

Arab adalah bahasa Al-Qur’an ,bahasa utama umat islam sejak Bahasa zaman nabi Muhammad SAW. Kepentingan bahasa Arab tidak dapat dinafikan lagi terutamanya dari konteks agama. Al-Qur’an ditulis dalam bahasa Arab dan hidupnya bahasa ini banyak terkesan daripada mukjizat al-Qur’an yang dijamin oleh Allah SWT.

Antara ciri-ciri istimewa dan kepentingan bahasa Arab ialah ia telah dipilih Allah sebagai bahasa rasmi al-Quran yang merupakan pedoman asas untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini dijelaskan dalam surah Yusuf ayat kedua bermaksud:-

‘’Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu menggunakan akal (untuk memahaminya).’’

Dengan menguasai bahasa arab akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-qur’an dan hadis Rasulullah.Begitu juga, kitab-kitab karangan ulama’ silam berbangsa Arab ditulis dalam bahasa Arab bahkan banyak lagi rujukan untuk ilmu-ilmu selain agama ditulis didalam bahasa Arab meskipun penulisnya bukan berbangsa Arab.

Di negara kita,bahasa arab sudah lama bertapak kukuh.Banyak tokoh ilmuan yang muncul dan banyak institusi dan badan-badan yangmengembangkan bahasa arab.

Bagi seorang muslim , bahasa Arab bukanlah sesuatu yang asing. Sejak  lahir kita telah mendengar lafaz azan yang sememangnya bahasa Arab. Dalam kehidupan seharian kita menggunakan bahasa Arab iaitu ketika berwuduk, azan, iqamat, solat dan berdoa.

Kejahilan dan kelemahan umat islam mendalami bahasa arab akan mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak kreatif,kurang dinamik.Oleh yang demikian, umat islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-qur’an ini sebaik mungkin.

Bila dirujuk balik didalam kitab wasiat imam hasan al-banna,katanya : meminta kita agar dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab.persoalannya ,kenapakah terlalu pentingnya khususnya umat islam memahami bahasa arab dengan fasih?

Ini dijelaskan lagi dalam firman Allah,surah asy-syu’raa yang bermaksud :

“(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.”

Oleh yang demikian, kita berusaha untuk mempelajari bahasa Arab kerana bahasa ini menjadi medium bagi mendapatkan sumber ilmu yang sebenarnya.

Kesimpulannya,kita perlu jelas dalam mempelajari bahasa Arab.Mempelajari bahasa ini memerlukan suatu keazaman yang tinggi serta pengorbanan masa dan wang ringgit. Kebosanan akan muncul sekiranya kita tidak mempunyai tujuan yang jelas .

Artikel ini ditulis kerana saya mahu menang wang tunai dari myarabquran.Pelajari bahasa arab secara online dan interaktif di myarabquran.com & Fahami Al-Quran mulai sekarang!

azhari nurdin

Pemenang Tempat Ketiga :

Untuk mendekatkan diri kepada Allah, kita solat, kita zikir, berdoa dan membaca Al-Quran. Semua itu dalam Bahasa Arab. Kalau yang kita baca itu tidak kita ketahui maknanya, samalah seperti burung kakak tua bercakap. Itulah pentingnya kita memahami Bahasa Arab. Apa yang kita lakukan setiap hari, kita tahu maksudnya. Dengan itu, kita sendiri dekat dengan Allah.

Pengalaman menarik bagi saya:

Semenjak saya mempelajari Bahasa Arab dari myarabquran.com, hati menjadi terbuka luas untuk lebih mendalam mencari dan mencari makna dan istilah yang terkandung di dalam Al-Quran. Guru mengajar di kelas lebih membantu saya. Saya tidak banyak membuang masa sekarang kerana masa yang terluang buat saya saya gunakan untuk arabquran. Saya juga menyimpan harapan yang tinggi untuk menjadi pelajar cemerlang dalam arabquran satu masa nanti, InsyaAllah.

Artikel ini ditulis kerana saya mahu menang wang tunai dari myarabquran.Pelajari bahasa arab secara online dan interaktif di myarabquran.com & Fahami Al-Quran mulai sekarang!

Sekian. Terima kasih.

Kamsiah Noordin

Komen Anda

Selamat Datang ke My Arab Quran!

Info Terkini!

Bukan ahli? Daftar sekarang!

Kelebihan sebagai Ahli!

Laman web pembelajaran Bahasa Arab Quran secara interaktif yang pertama di Malaysia. Megandungi lebih dari 20 silibus yang lengkap dengan latih tubi yang interaktif.

Login Ahli

Hilang Kata laluan?

Hilang Kata laluan?

Balik ke Login